Assalamualaikum dan Salam pagi Isnin semua🌹💐.Terima kasih PM ke 10 bagi kami cuti hari ini🇲🇾.Setelah penat bekerja seharian,ditambah menjadi seorang petugas PRU buat kali pertama,alhamdulillah perkhabaran cuti tersebut sedikit sebanyak melegakan keserabutan fikiran dan peluang untuk meluangkan masa yang lebih sedikit kepada keluarga.
Hargailah setiap detik yang kita miliki bersama ahli keluarga kerana kita tidak tahu sampai bila Allah beri kita peluang untuk berbuat baik kepada mereka.Mungkin kehidupan di dunia ini tak seindah syurga,tetapi masa di dunia inilah kita diberi peluang untuk menambah pahala sebagai bekalan dan persediaan untuk ke SANA nanti.
Sekian dulu coretan ringkas pada kali pertama ini.InsyaAllah.Ada waktu di lain masa kita berjumpa lagi.
Senyum dan berlapang dada.Hidupmu akan bahagia.
-hidayatitahir