Salam Hari Jumaat,penghulu segala hari.Hari merupakan Jumaat kedua sejak saya membuat catatan dalam blog.Maaf masih baru dalam dunia blogger namun perkongsian hari ini insyaAllah sedikit sebanyak akan memberi kesedaran kepada kita akan nikmat sihat dan rahmat sakit.
Dalam tiga minggu lepas,kami sekeluarga,keluarga besar saya temasuk mak saya sendiri diuji dengan demam.Bukan demam biasa tetapi demam yang disertai dengan virus yang dikenali sebagai Influenza B Pneumonia.
Bermula dengan anak-anak adik.Ketika itu kami semua ada perjumpaan keluarga di sekitar Lembah Klang sempena meraikan konvokesyen adik bongsu.Hari sebelum konvokesyen berlangsung,kami ke Aquaria KLCC.Dalam perjalanan ke situ,anak adik dah mula panas badan.Mujur ada seorang adik tu pegawai farmasi.Jadi ubat-ubatan memang dah tersedia dalam kereta.
Keesokan harinya,konvokesyen adik bongsu berlangsung.Adik dapat sesi pagi.Jadi kami semua ke universiti terlibat kecuali keluarga saya yang agak lewat sedikit hadir kerana anak ada jamuan pengawas sekolah.
Lepas Zohor kami sampai ke dewan fakulti adik.Mak dan adik ipar masuk dewan utama.Kami yang lain ke dewan satu lagi.Ad a skrin besar disitu.Masa itu anak adik masih lagi demam.Memang nampak kuyu mata anak dia.
Jadi suami cadangkan agar kami ke hotel cepat memandangkan majlis di fakulti adik,kemugkinan habis lewat.Adik setuju untuk pergi.Maka kami dua keluarga bergerak ke hotel Kuala Lumpur.Tinggal adik yang pegawai farmasi dan emak menunggu adik bongsu di dewan fakulti.
Setiba kami di hotel KL,lepas daftar di lobi kami ke bilik masing-masing.Petang adik w up tanya.Nak beli makanan tak.Dah lapar.Kami order je memandangkan masing2 dah penat.Anak dia masih demam.
Malam kami buat sedikit sambutan ulangtahun perkahwinan adik.Kebetulan bilik dia dapat view bangunan KLCC dan Menara KL,jadi nampak menarik walaupun bukan diluar tetapi kebersamaan kami disitu membangkitkan suasana yang seronok.Anaknya masih demam.Aircond agak kuat.
Selepas majlis,agak tengah malam,adik membawa anaknya ke hospital berhampiran.Disitu doktor ambil sampel darah anak dia,dan didiagnosis sebagai Influenza B.Adik balik ke hotel semula.
Keesokan hari,kami sarapan bersama kecuali keluarga adik yang anaknya demam.
Bersambung....