Assalamualaikum semua.Minta maaf atas kelewatan saya menyambung cerita.Terima kasih semua kerana setia membaca.
Selepas sarapan,anak-anak nak mandi kolam.Mak turut serta tapi tengok dari tepi kolam.Jadi kami turun ke tingkat 14 untuk mandi kolam.Seusai mandi,adik bawa turun juga anaknya untuk melihat suasana kolam.Naik bilik,kemas dan bersedia untuk check out.
Ada 1 lagi tempat kami pergi melawat.Tapi saya tidak mahu bercerita tentang tempat tersebut.Tiada kaitan sangat dengan demam.Setelah kami pulang ke rumah masing-masing.Bermula episod duka dimana setiap daripada keluarga kecil dalam keluarga besar kami ada yang mula demam.
Bermula dengan mak kat kampung.Badan dah mula panas.Sakit tekak sampai nak telan apa-apa macam perit sangat,mak cakap.Adik yang bongsu tinggal dengan mak.Badan tidak panas tetapi ada batuk-batuk yang agak teruk.
Keluarga adik yang anaknya mula demam hari itu,demam dah berjangkit pada isterinya dan anak yang kedua.Adik tidak demam.Hari kedua di rumah,isteri dan anak-anak adik masuk wad.
Keluarga adik yang kerja farmasi pula.Anak-anak dan isterinya yang mula demam.Adik tidak demam kerana pegawai farmasi sudah dapat vaksin Influenza.Isteri adik ada ambil ubat influenza.
Keluarga saya pula hari balik tidak ada apa-apa simptom.Keesokan hari,semasa ambil si adik di taska,cikgu adik ada beritahu yang kahak adik agak banyak. Balik rumah badan adik mula panas.Tapi tidakla panas sangat.Cuma saya mula risau sebab keluarga yang lain pun dah mula demam.Jadi abahnya beli ubat demam di farmasi dengan harapan adik cepat sembuh.
Esok harinya,badan adik masih panas.Jadi saya dan suami buat keputusan tidak hantar adik ke taska.Kebetulan neneknya,ibu mertua saya tinggal di taman bersebelahan.Jadi kami hantar adik pada neneknya hari itu.Hari ini,hari kedua adik demam.Balik dari kerja,ambil adik dari rumah ibu mertua,saya terus bawa adik ke klinik berhampiran. Semasa berjumpa doktor,saya ada nyatakan kemungkinan anak saya kena influenza.Tapi setelah diperiksa doktor,doktor cakap anak saya tiada selsema.Kemungkinan demam biasa.Adik mula batuk juga hari ini.Jadi doktor suruh on antibiotik.Kat farmasi klinik adik dapat ubat antibiotik,ubat titis hidung,ubat batuk plus salbutamol(adik dapat salbutamol ni sebab pernah neb sbelum-sebelum ni.Jika batuk adik akan ada sedikit semput/asma).
Hari ketiga.Adik masih demam.Ubat demam saya beri 6 jam sekali.Saya ambil keputusan untuk cuti dari kerja hari ini.Saya jaga adik.Adik makan tapi tidak banyak macam sebelum ni.Adik minum susu.Tapi sebelum-sebelum ini,7 oz setiap kali minum.Hari ini adik minum 5 atau 4 oz sahaja.Adik masih aktif masa badan tidak panas.Badan panas je adik tidur.
Hari keempat.Adik demam lagi.Hari ini saya tidak ambil cuti.Suami pun tidak dapat ambil.Ada kerja yang tidak dapat dielakkan.Jadi kami hantar adik di rumah neneknya lagi.Balik dari sekolah.Adik tidur.Badan panas.Tapi nampak ibu mertua ada letak kain basah pada badan adik.Mak cakap,adik tidak makan sangat.Minum pun sikit.Adik tidak aktif.Saya terus balik rumah hari ini sebab adik tidur je.Tidak mahu ganggu dia tidur.Petang setelah ambil abang kakaknya dari transit,saya bawa adik ke klinik hari itu.Setelah jumpa doktor,doktor pegang tangan adik.Tidak pasti dia cek apa.Mungkin urat tangan.Doktor cakap,saya buat surat rujuk ke hospital la ye,sebab saya dah bagi ubat semua,tapi masih tidak sembuh.Saya terima cadangan doktor.Jadi surat untuk rujuk ke hospital doktor bagi.Saya tidak terus hantar adik ke hospital.Saya beritahu suami.Kita tunggu sampai esok.Mudahan adik kembali sembuh.
Keesokan hari merupakan hari kelima adik demam.Saya tengok adik makin banyak tidur.Memang lain sangat.Kejut minum tapi sedikit je minum.Makan pun dalam 3 suap je.Adik dah mula cirit-birit.Najisnya berwarna hijau.Suami balik petang saya terus ajak ke hospital.Kami pergi Hospital Pakar KPJ.Setelah doktor buat x-ray pada adik,swab hidung dan ambil darah,doktor nyatakan adik didiagnosis dengan influenza A.Adik perlu dimasukkan ke dalam wad.Ada masalah sedikit untuk masuk wad ke KPJ.Jadi kami pulang ke rumah dulu.
Hari keenam adik masih demam. Saya pantau adik di rumah lagi.Hari ini saya dapat rasa,hari yang paling teruk adik demam.Adik bangun sekali je untuk makan.Itu pun 2 suap.Minum susu dan 1 oz je.Air dia tidak mahu minum langsung.Saya terpaksa guna picagari untuk suapkan ke dalam mulut adik.Adik masih cirit birit warna hijau.Banyak kali perlu tukar pampers adik.Siang adik tidur je.Petang ibu dan bapa mertua datang ziarah adik.Adik masih tidur.Tapi dia ada buka mata masa neneknya duduk di tepi.Ibu dan bapa mertua balik sebelum maghrib.Malam.Lepas maghrib saya tengok kaki adik macam nak kejang.Mungkin menahan sakit.Saya tidak boleh menahan air mata masa ini.Suami belum balik.Suami balik kami tidak terus ke hospital.Adik macam merenget je.Sepanjang malam tu saya dan suami berjaga,tengok adik.
Awal-awal pagi hari ke-7 adik demam lagi walaupun baru 2 jam makan ubat.Suami cakap kita bawa adik ke hospital.Lepas solat subuh,kami hantar abang dan kakak ke rumah nenek.Setelah itu,kami terus menuju ke kecemasan hospital.Alhamdulillah,Allah permudahkan urusan.Tidak ramai sangat pesakit yang daftar pagi tu padahal pagi Isnin.Staf yang jaga tu pun cepat je melayan mungkin sebab saya dah bagitahu adik sepatutnya masuk wad di KPJ tapi kami ke sini,jadi terus je kami dapat katil di wad kecemasan.Nurse bagi adik oksigen.Susah jugak pada mulanya.Adik tak nak pakai.Saya bedung kedua-dua tangan dia dengan kain lampin.Setiap 3 jam pulak adik kena pam inhaler.Saya kena pam adik sendiri.Adik tertidur.Doktor datang ambil darah adik.Masa ni memang adik nangis je.Lepas tu adik sambung pakai oksigen.Adik bangun.Saya bagi dia susu.4 oz dia minum.Alhamdulillah ada peningkatan.Setelah 3 jam di wad kecemasan,doktor bagitahu adik perlu masuk wad untuk dipantau sebab adik demam dan ada influenza A.Kami tunggu lagi di kecemasan sebab belum ada katil di wad.
Dalam pukul 12.30 tengah hari,nurse datang dan ajak kami ke wad.Di wad adik memang kena pakai oksigen sepanjang masa.Doktor datang.Adik perlu pindah katil.Oksigen adik kena lagi kuat sebab paru-paru adik ada jangkitan.Nama mesin oksigen yang adik kena pakai tu,Evo.Sebelum ni adik pakai oksigen warna hijau tu je.Nurse masukkan salur makanan di hidung adik.Petang doktor 2 orang datang dan masukkan jarum di tangan kanan adik.Adik bukan mudah nak terima apa yang dipakai.Banyak kali dia cuba tarik.Saya bedung tangan dia.Makan hari ni adik makan 4 ke 5 suap.Ada peningkatan.Najis masih hijau.Tidur malam adik terganggu.Adik asyik batuk-batuk.
Hari kedua di wad.Adik masih pakai oksigen evo.Pam inhaler 3 jam sekali.Adik banyak tidur.Tapi setiap kali makanan sampai,adik bangun nak makan.Adik belum senyum.Dia macam marah dengan apa yang terpasang di muka dan tangan.Setiap kali doktor dan nurse datang,adik nangis dan tak mahu pandang doktor dan nurse.Adik membuang seperti biasa.Tiada cirit-birit lagi.Hari ini dapat keputusan melalui email adik dari Hospital KPJ.Setelah baca keputusan tersebut,adik hukan kena influenza A tapi influenza B,sama seperti sepupunya.Saya maklumkan pada doktor.Petang hari kedua ni,adik bangun dari tidur dia terus cabut semua wayar di hidung dan jarum kat tangan.Tercabut semua.Nurse cepat-cepat lap darah adik di tangan dan letak kapas dan soletep untuk elakkan darah terus mengalir.Wayar oksigen pulak saya pasang sendiri untuk adik.Letak soletep balik kat pipi dia.Setiap petang suami datang ziarah adik.Saya pesn suruh bawakkan mainan adik esok.Malam ni adik tidur lena.
Hari ketiga adik di wad.Pagi masih pakai oksigen dari mesin Evo.Adik main dengan mainan dia.Adik nampak makin aktif.Ada doktor fisio datang pukul 9 pagi untuk buang kahak adik.Kahak adik banyak.Lepas buang kahak,adik tidur.Petang doktor cakap adik boleh pakai oksigen hijau dah sebab adik nampak semakin baik.Makan pun dah okey.Cuma adik masih belum senyum.Masam je muka dia setiap kali nurse dan doktor datang cek.Malam adik tidur lena.Walaupun ada pesakit lain datang,biasala baby macam adik jugak,nangis kuat.Adik tidur je.
Hari keempat.Adik sarapan.Makan tengah hari pun banyak.Adik banyak main dengan mainan dia.Lepas main,minum susu,mengantuk,adik tidur.Bangun dari tidur,adik main lagi.Petang ni adik kena tukar katil,ke bilik depan wad.Kami pun berpindah.Bilik ni bilik pesakit yang dah beransur baik.Adik pakai lagi oksigen wayar hijau.Adik perlu pam inhaler 4 jam sekali.Jiran sebelh kiri adik semua sebaya adik.Setahun lebih cuma berbeza bulan.Tapi tidur malam ni adik macam kesejukan.Jadi saya bawa dia tidur di katil saya.Mungkin tempat adik kat bilik ni betul-betul bawah aircond.Syukur hospital ni sedikan katil untuk penjaga.
Hari kelima adik kat wad kanak-kanak.Doktor datang dan pagi ni adik tidak perlu lagi pakai oksigen.Seronok adik.Adik makin aktif.Hari ni dia kurang tidur siang.Main je.Makan pun banyak.Doktor datang petang dah doktor cakap adik dah sihat.Doktor bye-bye kat adik.Tapi adik macam biasa.Tak layan doktor.Adik pandang tempat lain.Doktor cakap paling awal boleh balik pun esok pagi.
Hari keenam dan merupakan hari terakhir adik di wad kanak-kanak hospital,adik bangun agak lewat.Doktor pun datang lewat hari ni.Doktor biasa datang pukul 9 lebih. Doktor pakar datang dalam pukul 11.Doktor cakap adik dah sihat dan boleh balik.Cuma nanti adik perlu vaksin influenza kat klinik swasta sekali setahun bagi elakkan adik dijangkiti lagi.Alhamdulillah.Berita tu amat menggembirakan saya dan semua ahli keluarga.Lepas zohor,nurse potong gelang kaki adik.Nurse bagi dokumen discaj hospital dan kami pulang ke rumah.
Hikmah yang saya dapat kongsi di sini,nikmatilah waktu kita sihat.Solat dan bersyukur padanya.Waktu tidak sihat pula jangan sangka Allah tak sayang kita.Dia sentiasa sayang.Allah uji kita sebab Dia sayang kita.Waktu anak saya,si adik sakit, ramai yang whatsapp tanya.Sebelum-sebelum ni tak ramai yang personal whatsapp,tapi waktu anak sakit hubungan dengan keluarga dan rakan sangat rapat.Semua ambil berat.Kat situ saya nampak kasih sayang Allah.Rahmat waktu sakit.Dia beri sakit tapi Dia juga bagi kita cara untuk redakan kesakitan itu.Betapa Allah sayang kita semua.
Jika adikku Azhar atau Nabila ada baca post kakakmu ini,minta tolong jangan terasa disebabkan hampa,sakit ini terjadi.Bukan sebab hampa.Ketentuan Allah yang menyebabkan masing-masing ada wakil yang dapat sakit ni.Ada sebab kak cerita kat sini.Jangan risau.Benda baik ja.Perkongsian untuk yang pernah demam dan terkena Influenza B.
Sekadar itu perkongsian saya yang agak panjang.Minta maaf jika ada bahasa yang kurang sesuai.Saya bukan cikgu BM.Terima kasih banyak membaca catatan saya.Bertemu lagi dipost akan datang.
Sayang semua.Cinta Allah,Cinta Rasul.
Sekian.
-Hidayati Tahir