Assalamualaikum....
Salam Perpaduan dan Salam Penghulu Segala Hari.
Hari ini merupakan Jumaat kedua terakhir sebelum sekolah bercuti untuk bulan Disember.Murid-murid Tahun 4,5 & 6 semalam ada yang mengikuti lawatan ke Langkawi. Terima kasih Ustazah Syakilah atas cadangan dan penglibatanmu dalam aturcara dan persediaan ke sana walaupun telah berpindah ke sekolah di Kedah. Mesti seronok anak-anak Tahun 6 dapat bertemu dengan Kak Kila dan melepaskan rindu setelah 3 bulan akak di sekolah baru.
Catatan hari ni mengenai lawatan ke Langkawi dan aktiviti murid Tahun 6 yang berada di sekolah.Tidak mengikuti lawatan.Yang mengikuti lawatan sudah selamat sampai di Pulau Lagenda tersebut.Semoga beroleh manfaat. Melawat sambil belajar di sana.Jaga diri baik-baik.
Buat cikgu-cikgu dan murid-murid yang berada di sekolah,aktiviti telah disusun.Terima kasih banyak Penyelaras Tahun 6 kerana telah menyusun aktiviti yang menarik untuk semua murid.Tahniah Cikgu Kay.Pagi tadi seusai bacaan Yasin di Dataran Pintar, aktiviti dimulakan dengan Language Games,yang dikendali oleh Madam Fathin dan Madam Sharvni.
Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan Ceramah Persediaan ke Sekolah Menengah oleh Cikgu Nor Hazlina,Guru Bimbingan dan Kaunseling. Sekarang aktiviti Tayangan.Murid dipertontonkan dengan filem Airforce.Murid yang belum pernah menonton agak teruja untuk menonton.
Apapun aktiviti hari ini, didoakan semoga Allah permudahkan urusan semua. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
Sekian catatan untuk kali kedua ini.Terima kasih kerana sudi membaca.
Cinta ALLAH, Cinta Rasullullah.
-Hidayati Tahir