Pembelajaran Digital - Tahniah Cikgu Suffi & Cikgu Zuly diundang ke RTM

 Assalamualaikum dan Salam Perpaduan buat semua.


Sedar tak sedar kdah masuk hujung minggu ketiga untuk Januari 2023. Kami warga AYU yang diterajui Cikgu Suffi,semalam(post ini ditulis pada 15/02/2023), 14/02/2023, berasa amat teruja kerana cikgu idola kami diberi peluang untuk hadir ke angkasapuri RTM dalam slot Nadi Seri pagi dalam Selamat Pagi Malaysia.

Walaupun tidak berkesempatan menonton secara live disebabkan ada tugasan mesyuarat sekolah yang tidak dapat dielakkan,namum berkesempatan menonton secara rakaman di dalam Youtube.

Seperti biasa, Cikgu Suffi tampil berkeyakinan menjawab setiap persoalan yang diajukan oleh pengacara SPM.Begitu juga Cikgu Zuly yang tidak kurang mantap memaklumkan tentang peranan beliau dalam Akademi Youtuber.

Tahniah dan syabas buat kedua-dua idola kami.Semoga usaha murni kalian diganjarkan dengan sebaik-baik ganjaran daripada Ilahi berkat kesungguhan menyampaikan ilmu kepada para guru secara percuma.Terbaikkk!!!

-Hidayati Tahir

Terbaru Lebih lama