Assalamualaikum,Salam Perpaduan dan Salam Tahun Baru 2023 buat semua.
Tahun 2022 telah melabuhkan tirainya semalam.Pasti pelbagai kisah,peristiwa sama ada suka atau duka telah kita semua tempuhi.
Apapun, marilah sama-sama kita berazam agar tahun baru ini menjadikan kita semua insan yang lebih baik daripada yang sebelum ini.
Jika ada yang solat fardhu,tapi di akhir waktu,sama-samalah kita berubah agar dapat menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya di awal waktu.
Jika sebelum ini, kita tiada langsung atau kurang membaca Al-Quran,sama-sama kita perbanyakkan,tambah sikit lagi bacaan.Sekurang-kurangnya 1 hari,1 muka surat.
Jika sebelum ini,kita asyik malas belajar atau bekerja,tanamkan azam,agar tahun baru ini,kita lebih rajin.
Semoga Allah terima amalan kita walaupun sedikit.Amalan itu diterima.InsyaAllah.Selalu bersangka baik dengan Allah.Allah Maha Pengampun,dan Maha Pemberi Rezeki.
Sekian.
-Hidayati Tahir.
01.01.2023
Tahniah
BalasPadamComelnya blog cikgu...
BalasPadam