Berfikir jika tonton sesuatu Drama atau Filem (Mentega Terbang)

 Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani. Sebagai seorang pendidik, saya terpanggil untuk mengulas sedikit tentang filem Mentega Terbang. Jangan risau ulasan saya tidak panjang. Cuma setelah membaca sinopsis dan menonton sedikit di aplikasi tiktok filem tersebut, saya rasa saya perlu berkongsi dengan anak murid dan pelajar di luar sana.



Kita boleh menonton cerita drama atau filem yang kita suka atau menarik tetapi dalam masa yang sama, kita perlu berfikir. Jangan hanya jalan cerita dia menarik, kita terima bulat-bulat cerita tersebut. 

Kita boleh bertanya kepada orang yang lebih tua contohnya ibu bapa atau guru. Jika kita rasa, drama yang ditayangkan tersebut mendatangkan persoalan. Lebih-lebih lagi dalam cerita Mentega Terbang yang persoalannya lebih kepada persoalan kehidupan selepas mati dan perbezaan pendapat antara agama.

Kita tahu semua agama menganjurkan nilai dan moral yang baik, tapi sebagai seorang Muslim, kita perlu jaga akidah Islam iaitu Islam agama yang satu dan merupakan agama yang diiktiraf di langit dan di bumi.

Saya ada terbaca ulasan daripada Dr Zulkifli Al-Bakri. Beliau ada mengupas dan mengulas filem ini dengan panjang lebar. Boleh baca ulasan beliau di link ini. Bagi saya, ulasan dia padat dan bermaklumat.

https://harakahdaily.net/index.php/2023/03/07/ulasan-mengenai-filem-kontroversi-mentega-terbang/

Kesimpulannya, kita jangan terima terus semua drama dan filem yang ditonton. Perlu kepada berfikir sama ada ia baik atau buruk sebab setiap kita memiliki akal dan iman masing-masing.Maka gunakannya dengan sebaiknya.

Terima kasih sudi membaca perkongsian saya.

-Hidayati Tahir

Terbaru Lebih lama