PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2023!

 



Assalamualaikum dan Hai semua. 

Sebenarnya saya nak post berkenaan Pesta Buku ini sebelum hari kejadian. Namun, disebabkan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan, saya terlupa nak post.  Seribu kemaafan daripada saya untuk hal tersebut. 

Apapun saya nak kongsi pengalaman pergi ke pesta buku ni amat menyeronokkan dan memberi semangat kepada anak-anak terutamanya apabila dapat beli buku yang mereka suka.

Sama ada mereka minat membaca atau tidak, tak perlu kita risaukan. Hal ini kerana sebagai seorang ibu dan guru, saya nak berkongsi dengan semua, anak-anak saya jadi makin minat membaca selepas dapat beli buku-buku yang mereka suka.

Secara tidak langsung, dapat mengelakkan daripada mereka asyik dengan gadget sahaja. Memang ada masa kita beri mereka tengok gadget kerana zaman ini semua ada telefon bimbit dan jika tiada, jadi satu masalah yang besar bagi sesetengah anak dan ibu bapa juga.

Akhir sekali, saya amat mencadangkan kerja ada semua ibu bapa, jika ada lagi pesta buku antarabangsa ini tahun hadapan, bawalah anak-anak ke sana. Terutama yang tinggal di Lembah Klang. Jika bukan tinggal di Lembah Klang, boleh buat perancangan awal untuk menginap di hotel berdekatan Kuala Lumpur kerana pesta buku ini diadakan semasa cuti sekolah. Tidak rugi kita keluarkan duit untuk buku. Berbaloi.


 
https://www.instagram.com/reel/CtD7W2Ipyh3/?igshid=MTI1ZDU5ODQ3Yw==

2 video saya kongsikan untuk tatapan para penghujung Blog ini. 

Terima kasih semua.👍🌹😉

-Hidayati Tahir


Terbaru Lebih lama