Assalamualaikum semua guru dan ibu bapa.
Berikut adalah pengumuman berkenaan PKSK untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi 2024/2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi sesi 2024/2025.
Pentaksiran adalah bagi kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Tingkatan 4 ke SBP, SMKA, Sekolah Menengah Teknik (SMT), Maktab Tentera Diraja (MTD) serta ke Tahun 1 Kolej Vokasional (KV).
Sehubungan dengan itu, PKSK akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut:
Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus : 01 Ogos - 17 September 2023.
Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 September - 13 Oktober 2023.
Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 September - 27 Oktober 2023.
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM : 02 - 13 Oktober 2023.
Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 16 - 27 Oktober 2023.
Permohonan kemasukan ke sekolah khusus dan semakan pusat pentaksiran boleh dilakukan di pautan berikut:
Tingkatan 1 : Tingkatan 1
Tingkatan 4 : Tingkatan 4
Maklumat lanjut boleh layari https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/pentaksiran-kemasukan-sekolah-khusus-pksk-bagi-sesi-2024-2025
Sekian, terima kasih.
-Hidayati Tahir