𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟭 & 𝟰 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰
Assalamualaikum.Permohonan Kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 & 4 tahun 2024 kini dibuka. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 𝟭𝟱 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟯 𝗷𝗮𝗺 𝟯.𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴.
Terdapat 6 program dilaksanakan di MRSM seperti berikut:
Premier
Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
Ulul Albab
Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
IGCSE
Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
IB MYP (Middle Years Programme)
Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
Teknikal
Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
PKP (Program Khas Pendidikan)
Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM
INFO UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM (UKKM) TINGKATAN 1 DAN 4 2024
1.MATEMATIK
Masa menjawab: 35 minit
Jumlah soalan: 30 soalan objektif dan subjektif
2. BAHASA MELAYU
Masa menjawab: 30 minit
Jumlah soalan: 30 soalan objektif
3. SAINS
Masa menjawab: 35 minit
Jumlah soalan: 30 soalan objektif
k
4. KEPERIBADIAN
Masa menjawab: 30 minit
Jumlah soalan: 80 soalan objektif
#SEMUA CALON WAJIB MENDUDUKI UKKM
#SEMUA CALON TINGKATAN 1 YANG MEMBUAT PILIHAN PROGRAM ULUL ALBAB, IGCSE DAN TEKNIKAL PERLU MENDUDUKI UJIAN KHAS YANG DITETAPKAN OLEH MARA
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://www.mara.gov.my.
Terima kasih.
#MalaysiaMadani
#MerakyatkanMARA