Tips Persediaan untuk Murid atau Pelajar menduduki PKSK

 


Assalamualaikum semua. Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini. Semoga pengkongsian kali ini memberi manfaat kepada calon-calon PKSK.

PERSEDIAAN MENDUDUKI PKSK

SEBELUM

Belajar bersungguh-sungguh dalam kelas. Tidak kira subjek apa. Perlu fokus dan faham.

Banyakkan membaca buku pengetahuan am. 

Hadir ke sekolah setiap hari jika sihat.

Minta maaf kepada ibu bapa jika ada buat salah dan silap. Doa ibu tiada hijab. 

HARI SEBELUM UJIAN 

Print slip ujian PKSK. Semak Sesi dan tempat menduduki ujian. 

Sediakan mykad. Jika belum ada, boleh bawa mykid atau sijil lahir atau kad pengenalan sementara.

HARI UJIAN

Hadir awal 15 minit sebelum masa pendaftaran.

Daftar.Beri slip PKSK dan mykad kepada kaunter pendaftaran.

Tunggu arahan. Semasa di tempat menunggu boleh ulangkaji.

Ikut arahan petugas untuk ke tempat ujian. 

Bahagian Artikulasi, diingatkan calon baca betul-betul arahan. Karang penulisan baik-baik dan perkataan tidak kurang dari yang diminta. Jika 100 patah perkataan , perlu karang seperti yang diminta.

Bahagian Online. Baca betul-betul soalan. Boleh keluar tempat ujian setelah selesai dan klik Hantar.

SELEPAS

TERUSKAN BERDOA SEHINGGA HARI KEPUTUSAN KELUAR. 

SEMOGA BERJAYA. 


Terima kasih. 

-Hidayati Tahir

Terbaru Lebih lama